Assalamualaikum....
Warrgghh!!! Dah lama tak update blog!! Serius busy sangat buat preparation nak masuk matrik Johor...
Mula masuk 27 May hari tu.. Sekarang dah nak dekat dua minggu jugak la dah selamat menjadi warga Kolej Matrikulasi Johor!
Perasaan?
Sumpah nervous! Kut! Dah sampai tu rasa macam nak patah balik aje! Takut! Maklumlah sebelum ni sekolah perempuan semua.. Lima tahun pulak tu! So bila dah nampak lain jantina tu macam awkward kut!
After all, cuba jugaklah nak menyesuaikan diri dengan KMJ ni sebab tak pernah duduk asrama dan tak pernah langsung berenggang jauh dengan parents... Selalunya parents yang tinggalkan tapi kali ni diri sendiri yang tinggalkan diorang...
Rasa sebak tiba-tiba bila mama dengan abah nak balik.. Furrr!! Tak semena-mena padahal masa first day tu takde pun meleleh! Poyo! Padahal malam tu terus banjir mata menangis! Yalah! Kena raging dengan akak fasi masa orientasi tu!
Tapi bagus jugaklah sebab orientasi tu banyak bagi maklumat dan info yang perlu kita tahu sepanjang setahun atau dua tahun kat matrik!
Oh ya! I'm a PDT student! Program Dua Tahun kat KMJ! Anak kesayangan ayahanda katanya! Ayahanda tu Ketua Pengarah KMJ ni... Ayahanda memang baik, lawak dan memang bagaikan seorang ayah lah kat matrik ni.. Dia treat dua ribu lebih students baru KMJ as anak dia... Baguslah! At least kitorang taklah rasa macam terlalu formal sangat bila jumpa dengan dia...
Masih lagi berpenyakit HOMESICK! Nak balik rumah aje memanjang! Bilalah dapat balik lagi?! Baru jumaat lepas balik KL then balik johor pulak! Rasa sekejap je! Dahlah bermalam sebulan sekali and outing setiap minggu...
Lecture? Okaylah kut kat sini... Ada yang best ada yang tegas or strict la... Biasalah tu!
Emm... Rasanya takda apa lagi nak diupdatekan kut... okaylah! Papai!!