Barulah aku faham dan MENGERTI kenapa ramai yang keluar matrik..
Alasan : TAK TAHAN!
Dan alasan tu betul! Sebab? Matrik ni kerje banyak sangat! Assigment harus buat! At the same time tutor kene kejar and update! Lab report tiap minggu! Tu akademik!
Tak masuk lagi aktiviti kolej! Ade ke masa nak study? Aku fikir time buat tutor or assigment tu la study aku!
Serius tak sempat! Banyak sangat kerja! Aku cuma harap tak lah mereng otak nanti sebab STRESS!
AND!
Ni la kali pertama aku sambut puasa jauh dengan family! Sedih sangat! Hari pertama sahur tu ingat nak la sahur sekali dengan family tapi aku rasa KMJ ni kejam pun ada! huh! Tak tau ke ramai budak homesick kat sini!
Apa-apa pun think positive je la.. Mungkin ada hikmah..
Dan satu lagi.. Aku dapat berita gembira petang tadi bila bukak e-mail!
Tak sangka pulak manuskrip e-novel aku dah lepas tahap penilaian! Ya Allah1 sukanya! Rezeki Ramadhhan agaknya... Harap sangat keluar lah versi cetak...
Menulis sekadar suka-suka.. Menguji sejauh mana bakat aku... Alhamdulillah ada jugak orang yang nampak.. Mama tau lah pasal ni. Abah? Of course tak! Aku tak bagitau! Sebab? mesti kena marah punyalah! Dia tak suka aku campur aduk dengan study...
Tapi apa boleh buat? Dah minat kan?