Welcome! Wink! Wink!


Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan

Dah  lama  tak  update  or  sesi  meluah  perasaan  kat  sini..  Seriously  sangat  lah  sibuk!  Macam  menteri pun  ada!

Barulah  aku  faham  dan  MENGERTI  kenapa  ramai  yang  keluar  matrik..

Alasan : TAK  TAHAN!

Dan  alasan  tu  betul!  Sebab?  Matrik  ni  kerje  banyak  sangat!  Assigment  harus  buat!  At  the  same  time  tutor  kene  kejar  and  update!  Lab  report  tiap  minggu!  Tu  akademik!

Tak  masuk  lagi  aktiviti  kolej!  Ade  ke  masa  nak  study?  Aku  fikir  time  buat  tutor  or  assigment  tu  la  study  aku!

Serius  tak  sempat!  Banyak  sangat  kerja!  Aku  cuma  harap  tak  lah  mereng  otak  nanti  sebab  STRESS!

AND!





Ni  la  kali  pertama  aku  sambut  puasa  jauh dengan  family!  Sedih  sangat!  Hari  pertama  sahur  tu  ingat  nak  la  sahur  sekali  dengan  family  tapi  aku  rasa  KMJ  ni  kejam  pun  ada!  huh!  Tak  tau  ke  ramai  budak  homesick  kat  sini!

Apa-apa  pun  think  positive  je  la..  Mungkin  ada  hikmah..

Dan  satu  lagi..  Aku  dapat  berita  gembira  petang  tadi  bila  bukak  e-mail!

Tak  sangka  pulak  manuskrip  e-novel  aku  dah  lepas  tahap  penilaian! Ya  Allah1  sukanya!  Rezeki  Ramadhhan  agaknya...  Harap  sangat  keluar lah versi  cetak... 

Menulis  sekadar  suka-suka.. Menguji  sejauh  mana  bakat  aku...  Alhamdulillah  ada  jugak  orang  yang  nampak..  Mama  tau  lah  pasal  ni.  Abah?  Of  course  tak!  Aku  tak  bagitau! Sebab?  mesti  kena  marah  punyalah!  Dia  tak  suka  aku  campur  aduk  dengan  study...

Tapi  apa  boleh  buat?  Dah  minat  kan?

Monday 10 June 2013

Bulan pertama..

Assalamualaikum....

Warrgghh!!!  Dah  lama  tak  update  blog!! Serius  busy  sangat  buat  preparation  nak  masuk  matrik  Johor...

Mula  masuk  27  May  hari  tu.. Sekarang  dah  nak  dekat  dua  minggu  jugak  la  dah  selamat  menjadi  warga  Kolej  Matrikulasi  Johor!

Perasaan?

Sumpah  nervous!  Kut!  Dah  sampai  tu  rasa  macam  nak  patah  balik  aje! Takut! Maklumlah  sebelum  ni  sekolah  perempuan  semua..  Lima  tahun  pulak  tu!  So  bila  dah  nampak  lain  jantina  tu  macam  awkward  kut!

After  all,  cuba  jugaklah  nak  menyesuaikan  diri  dengan  KMJ  ni  sebab  tak  pernah  duduk  asrama  dan  tak  pernah  langsung  berenggang  jauh  dengan  parents...  Selalunya  parents  yang  tinggalkan  tapi  kali  ni  diri  sendiri  yang  tinggalkan  diorang...

Rasa  sebak  tiba-tiba  bila  mama  dengan  abah  nak  balik..  Furrr!!  Tak  semena-mena  padahal  masa  first  day  tu  takde  pun  meleleh!  Poyo!  Padahal  malam  tu  terus  banjir  mata  menangis!  Yalah!  Kena  raging  dengan  akak  fasi  masa  orientasi  tu!

Tapi  bagus  jugaklah  sebab  orientasi  tu  banyak  bagi  maklumat  dan  info  yang  perlu  kita  tahu  sepanjang  setahun  atau  dua  tahun  kat  matrik!

Oh  ya!  I'm  a  PDT  student!  Program  Dua  Tahun  kat  KMJ!  Anak  kesayangan  ayahanda  katanya!  Ayahanda  tu  Ketua  Pengarah  KMJ  ni...  Ayahanda  memang  baik,  lawak  dan  memang  bagaikan  seorang  ayah  lah  kat  matrik  ni..  Dia  treat  dua  ribu  lebih  students  baru  KMJ  as  anak  dia...  Baguslah!  At  least  kitorang  taklah  rasa  macam  terlalu  formal  sangat  bila  jumpa  dengan  dia...

Masih  lagi  berpenyakit  HOMESICK!  Nak  balik  rumah  aje  memanjang!  Bilalah  dapat  balik  lagi?!  Baru  jumaat  lepas  balik  KL  then  balik  johor  pulak!  Rasa  sekejap  je!  Dahlah  bermalam  sebulan  sekali  and  outing  setiap  minggu...

Lecture?  Okaylah  kut  kat  sini...  Ada  yang  best  ada  yang  tegas  or  strict  la... Biasalah  tu!

Emm...  Rasanya  takda  apa  lagi  nak  diupdatekan  kut...  okaylah!  Papai!!

Friday 17 May 2013

10 seconds ago..

Baru je tadi on FB.. Tengok BFF ada yang dapat UPU... Untungnya korang!!!! Tapi kena ingatlah, rezeki masing-masing. Lain orang lainlah arah tuju hidup dia. Kan? Ayat nak positifkan diri ni! Huhuhu...




Syukurlah dekat diorang sebab Allah dah makbulkan impian dan doa diorang. Abah ada cakap tak semestinya tempat belajar or gred result SPM tu dah tentukan  sama ada kita berjaya lagi 10 tahun or 20 tahu akan datang? Yang penting USAHA SAMPAI MATI! haha... Betul apa? Sentiasa usaha dan jangan terlalu  mengharap Allah akan makbulkan apa yang kita nak.. 

Usaha - Doa - Tawakal = Hasilnya!!






Yup!! Jangan give up! Follow the way that has been created by Allah. He is our guidance. Make your faith strong enough!

Conteng-conteng Sedih

Berita tergempar dapat tau tadi. UPU dah bukak semakan... Walaweehhhhh!!

Terkejut??! Of course la! Dulu bagitau 21 Mei baru bukak, tup-tup 17 Mei dah bukak. Sumpah nervous+gigil+sejuk+takut+resah= KELIBUT!!



Masa pohon tu memag berharap sangat dapat masuk Uni. Bukan apa, nak kata tamak tak kut tapi yalah kalau boleh nak masuk yang THE BEST kan? Apa boleh buat, tak de rezeki orang cakap kan? Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin tengok jugak kut usaha diri kita macam mana, setanding dan layak ke nak masuk Uni yang seharusnya kena struggle sampai lebam!

Mama dengan abah pun nampak sangat macam berharap kalau elok dapat la masuk Uni especially UPNM... ni jangan kata UiTM or UNisZa pun belum tentu dapat weh!!

Apa-apa pun bersyukur jugak masih ada peluang untuk further study. Matrikulasi Johor tu ajelah harapan untuk lebih berjaya. Takpa lah! Orang cakap jangan lah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pulak! Bersyukur apa yang dapat. At least taklah melopong aje tak dapat further study and tengok aje kengkawan masuk belajar.. Chait!! Nehi kabhi nehi!




Bagus jugak. Kalau nak berjaya tu kena lah step by step, tak boleh terus vrommmm macam roket aje. Tangga dan jalan dah tersedia untuk medan kejayaan. Tinggal diri sendiri aje yang perlu berusaha untuk melalui jalan tu. Okay ni ayat nak sedap hati sendiri dan upkan semangat sendiri yang dah jatuh menjunam dari langit!




Warghhh!! MATRIKULASI JOHOR!! nantikan kedatangan aku 27 Mei ni!! Walawehhh!! Sumpah tak ready lagi!! Dahlah takde geng kengkawan... Nape KPM buat camtu??! Campak aku sensorang jauh pulak tu! Dahlah takde sedara pun kat situ, kampung kawan sendiri!! Ngee!!!

Yang geram tu boleh pulak KPM campak geng kawan aku lain kat satu matrik! Wahhhhhrrrr!! Ini tidak adil! Tidak adil! Bagiku.........

Ngeheeeehehehe... Takpe la... Ateh cakap tu cabaran untuk diri sendiri. Masa ni la nak buktikan kita boleh berdikari atau pun tak.. Jangan bila dah pergi sana menangis pulak nak balik! Mau kena luku dengan mama! NO!!! Tak boleh balik!! Duduk situ!! ayat kejam disitu... hehehe..

sekian luahan bebelan dariku....

Thursday 16 May 2013

Review My Precious Iris



Siapa yang tak baca lagi Mypi? Angkat tangan!! hehehe... Alhamdulillah, dah ku habiskan Mypi yang tak tebal mana pun... Kak Melur Jelita, kenapa tak tebalkan lagi? hehehe...

Jealous? Haruslah! Hehehe... karya garapan daripada kak Melur Jelita semestinya meletops! 
kebababommm!!

bukan senang nak dapat Mypi ni ! tak dapat TT pun tak pa la.. janji novelnya dapat ku cekau! hari penghujung PBAKL tu pun Masya Allah!!! orang ramai macam nak beli baju raya! hoih! masuk aja bilik melaka, ahhhh!! MYPI!! MYPI! MYPI! jerit tapi tak kuatlah.. malu kut.. ramai orang..  novel tu yang pertama ku cekau dulu.. nasib cepat dah lah tak tinggal banyak pun!

Awak Suka Saya Tak? (ASST) , I Love You, Stupid! (ILUS), My Precious Iris (Mypi) tak pernah menghampakan zara bila membacanya.

okay ringkaskan cerita tak mau bebel banyak.. first time nak buat reveiw novel... maap kak MJ!!



SEDIKIT REVEIWNYA:


Kisah kehidupan yang penuh warna-warni. Iris Firman Nur. Okay dalam Mypi mereka dah kahwin. Bahagia rumah tangga pada awalnya... Iris pun dah jinak-jinak merpati, kurang dah divanya! hahaha... tu pun dah dibrainwashnya Iris oleh abang pedas! huhu...

Bermulanya konflik apabila seseorang yang menggunakan cara halus ke atas Iris supaya benci dan menjauhkan diri daripada Firman. Berkat kesabaran Firman dan bantuan keluarga, Iris kembali seperti Iris Nur yang dulu. Dunia lukisan dan abang pedasnya yang dikatakan macho, hot, stylo dan Pedasssssss.....

Iblis dan syaitan sudah lama berjanji dengan Allah bahawa dia akan sentiasa menyesatkan manusia hingga hari kiamat.  Dek kerana hasad dengki dan isi hati manusia, Iris ditima satu musibah hitam menyebabkan hidupnya berubah kelam. Kekurangan dirinya menyebabkan Iris menjadi murung, trauma dan menjauhkan diri daripada sesiapa sahaja termasuklah Firman.

Kesabaran, kesetiaan, kasih sayang dan cinta, Iris bangkit dari gelap meneruskan langkah hidupnya bersama Firman biarpun tidak lagi seperti dahulu. Menongkah arus kehidupan bersama suami tercinta dan anugerah yang dikurniakan oleh Allah.

Qada' dan qadar Tuhan siapa yang tahu. Peristiwa hitam yang menimpa Iris dan Firman menyebabkan pelangi awan yang dianyam bersama musnah lagi. Tekad demi sayang Tuhan, cinta si suami dan rama-rama anugerah Tuhan, Iris bangkit semula berdiri biarpun tanpa Firman disisi biarpun ada sesuatu yang masih menanti Iris Firman Nur.

Tinta Zara:


  • 5 bintang untuk Mypi! Kesinmbungan yang sangat mantap dan meletopss!!

  • tak boleh tulis banyak-banyak sebab kak MJ dah warning awal-awal supaya hormat dan kesiankan divaz yang tak baca lagi. zara cuma review sikit-sikit aje. Maap! Maap! Maap!

  • sangat menyentuh kalibu daku sambil dengar lagi The Elegance Of Pachelbel by Serenade. Syahdu je... dengarlah..

  • Kalau ada orang yang nak bayar RM 200 pada zara untuk jualkan Mypi ni, zara tak kan jual! Kasih sayang Kak Melur Jelita menerusi karya-karyanya tidak ternilai hargnya!

  • Tersangatlah berbaloi beli dan tak merugikan!

  • Elok untuk orang yang dah kahwin atau baru nak nak kahwin atau dah rancang nak kahwin! (opss! eden yang tak kahwin laie pun bantai baca! heheh). Tapi karya kak MJ sesuai untuk baca semua jenis umur sebab terlalu banyak pengajaran dan mesej yang nak disampaikan..

  • cerita yang santai, sempoi, mudah difahami walaupun ada lompat sikit bagi zara la. latar yang cantik, plot yang cantik, pendek kata tetap meletopss!!

  • perasaan zara? macam-macam! entah kenapa bila nampak aja perkataan TAMAT kat bawah tu, zara rasa sayu sangat, sedih nak tinggalkan dunia warna-warni Iris dan Firman. Banyak yang diorang ajarkan zara, susah nak cakap. Cuma yang dah baca tu mesti faham macam mana perasaanya. Kali ni kak MJ dah berjaya buatkan berbaldi air mata zara dengan ayat-ayatnya yang mantaps dan meletops! Speechless! sentiasa teringat aja kisah Firman dan Iris, semua scene dalam cerita. pelik tak pernah baca novel macam tu perasaanya, ni kali pertama.

  • kita doakan sama-sama kak MJ sihat semula macam dulu dan dipanjangkan umurnya. Itulah yang yang dipesan. sayang kak MJ banyak-banyak!! 99999xxxxxx......


Bacalah ILUS dengan mata hati dan mata akal. Semoga anda akan nampak "sesuatu" itu. Segala sujud dan syukur saya hanya pada ALLAH SWT, kerana DIAlah yang telah membuka mata dan memberi ilham pada saya. ~MELUR JELITA~



Cuci-cuci mata:

Firman&Iris
















Saturday 1 December 2012

Merawat Luka Di Hati..

malam ni malam yang sedih buat aku.. mungkin ni lah yang orang cakap bertepuk sebelah tangan..
sakit...
pedih..
perit..
semua jadi satu..
menyemai perasaan 'itu' pada orang yang tidak mengenali kita sangat  memeritkan..
tak dapat ditahan rasa sakit di hati..

aku lupa..
lelaki yang baik..
untuk perempuan yang baik..

aku sedar..
itu adalah petunjuk ALLAH..
tandanya dia bukan untuk aku..
dia bukan imam aku..
dia bukan bidadara untuk aku..
dia bukan pemimpin aku ke Jannah Allah..

Tabahlah wahai hati...
pasti ada yang terbaik untuk aku nanti..
hanya Allah yang mengetahui..

Wednesday 18 July 2012

SAKIT HATI!!!





SAKIT NYA HATI!!!!
geram!!! geram!!!
tak  sangka  sungguh  namanya  budak  lepasan  SEKOLAH  AGAMA!!!
SEKOLAH  AGAMA  TAU!!!
tapi  perangai....... hurmm....  nauzubillah!!!!
kutuk  bapak  sedara  sendiri  pulak  tu!!
ehh!!! HELLO!!!
CIK  NUR  SYAFIKAH  ZAINOL a.k.a  IEKA  SYAFIQA IEKAZ!!!
dekat  sekolah  agama  tu  ustazah  kau  tak  ajar  ke  dosa  pahala  MENGUMPAT  bapak  sendiri??
tak  tau  ke  kalau  bapak  kau  takde  siape  yang  akan  jadi  wali  nanti  kalau  bukan  BAPAK  SEDARA  YANG  KAU  KUTUK  NI??
tak  faham  ke??
ke  masa  ustazah  tu  ajar  kau  sibuk  buat  benda  lain...
tau  la  pandai...
masuk  MATRIKULASI!!
tapi  buat  ape  kalau  masuk  pun  sampai  DUA  TAHUN??
yang  nak  pergi  canang  kat  FB  tu  buat  apa??
nak  malukan  orang  ke??
malukan  family  sendiri??
nak  bagitau  semua  orang  yang  kau  umpat  bapak  sedara  kau??
macam  tu??
ustazah  kat  sekolah  tu  ajar  ke  apa  hukumnya  sebarkan  cerita  and  aibkan  orang??
ke  nak  aku  yang  explain  satu-persatu??

huhhh!!!
tak  sangka...
sembahyang  cukup  lima  rakaat..
tak  pernah  tinggal  walau  satu  pun...
tapi  kalau  luar  aje  elok dalam  perangai  hantu...
TAK  GUNA  jugak!!
harap  muka  aje  alim...
tapi  perangai  tak  semenggah!!