Welcome! Wink! Wink!


Friday, 17 May 2013

Conteng-conteng Sedih

Berita tergempar dapat tau tadi. UPU dah bukak semakan... Walaweehhhhh!!

Terkejut??! Of course la! Dulu bagitau 21 Mei baru bukak, tup-tup 17 Mei dah bukak. Sumpah nervous+gigil+sejuk+takut+resah= KELIBUT!!



Masa pohon tu memag berharap sangat dapat masuk Uni. Bukan apa, nak kata tamak tak kut tapi yalah kalau boleh nak masuk yang THE BEST kan? Apa boleh buat, tak de rezeki orang cakap kan? Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin tengok jugak kut usaha diri kita macam mana, setanding dan layak ke nak masuk Uni yang seharusnya kena struggle sampai lebam!

Mama dengan abah pun nampak sangat macam berharap kalau elok dapat la masuk Uni especially UPNM... ni jangan kata UiTM or UNisZa pun belum tentu dapat weh!!

Apa-apa pun bersyukur jugak masih ada peluang untuk further study. Matrikulasi Johor tu ajelah harapan untuk lebih berjaya. Takpa lah! Orang cakap jangan lah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pulak! Bersyukur apa yang dapat. At least taklah melopong aje tak dapat further study and tengok aje kengkawan masuk belajar.. Chait!! Nehi kabhi nehi!




Bagus jugak. Kalau nak berjaya tu kena lah step by step, tak boleh terus vrommmm macam roket aje. Tangga dan jalan dah tersedia untuk medan kejayaan. Tinggal diri sendiri aje yang perlu berusaha untuk melalui jalan tu. Okay ni ayat nak sedap hati sendiri dan upkan semangat sendiri yang dah jatuh menjunam dari langit!




Warghhh!! MATRIKULASI JOHOR!! nantikan kedatangan aku 27 Mei ni!! Walawehhh!! Sumpah tak ready lagi!! Dahlah takde geng kengkawan... Nape KPM buat camtu??! Campak aku sensorang jauh pulak tu! Dahlah takde sedara pun kat situ, kampung kawan sendiri!! Ngee!!!

Yang geram tu boleh pulak KPM campak geng kawan aku lain kat satu matrik! Wahhhhhrrrr!! Ini tidak adil! Tidak adil! Bagiku.........

Ngeheeeehehehe... Takpe la... Ateh cakap tu cabaran untuk diri sendiri. Masa ni la nak buktikan kita boleh berdikari atau pun tak.. Jangan bila dah pergi sana menangis pulak nak balik! Mau kena luku dengan mama! NO!!! Tak boleh balik!! Duduk situ!! ayat kejam disitu... hehehe..

sekian luahan bebelan dariku....

No comments :

Post a Comment