Welcome! Wink! Wink!


Thursday 16 May 2013

Review My Precious Iris



Siapa yang tak baca lagi Mypi? Angkat tangan!! hehehe... Alhamdulillah, dah ku habiskan Mypi yang tak tebal mana pun... Kak Melur Jelita, kenapa tak tebalkan lagi? hehehe...

Jealous? Haruslah! Hehehe... karya garapan daripada kak Melur Jelita semestinya meletops! 
kebababommm!!

bukan senang nak dapat Mypi ni ! tak dapat TT pun tak pa la.. janji novelnya dapat ku cekau! hari penghujung PBAKL tu pun Masya Allah!!! orang ramai macam nak beli baju raya! hoih! masuk aja bilik melaka, ahhhh!! MYPI!! MYPI! MYPI! jerit tapi tak kuatlah.. malu kut.. ramai orang..  novel tu yang pertama ku cekau dulu.. nasib cepat dah lah tak tinggal banyak pun!

Awak Suka Saya Tak? (ASST) , I Love You, Stupid! (ILUS), My Precious Iris (Mypi) tak pernah menghampakan zara bila membacanya.

okay ringkaskan cerita tak mau bebel banyak.. first time nak buat reveiw novel... maap kak MJ!!



SEDIKIT REVEIWNYA:


Kisah kehidupan yang penuh warna-warni. Iris Firman Nur. Okay dalam Mypi mereka dah kahwin. Bahagia rumah tangga pada awalnya... Iris pun dah jinak-jinak merpati, kurang dah divanya! hahaha... tu pun dah dibrainwashnya Iris oleh abang pedas! huhu...

Bermulanya konflik apabila seseorang yang menggunakan cara halus ke atas Iris supaya benci dan menjauhkan diri daripada Firman. Berkat kesabaran Firman dan bantuan keluarga, Iris kembali seperti Iris Nur yang dulu. Dunia lukisan dan abang pedasnya yang dikatakan macho, hot, stylo dan Pedasssssss.....

Iblis dan syaitan sudah lama berjanji dengan Allah bahawa dia akan sentiasa menyesatkan manusia hingga hari kiamat.  Dek kerana hasad dengki dan isi hati manusia, Iris ditima satu musibah hitam menyebabkan hidupnya berubah kelam. Kekurangan dirinya menyebabkan Iris menjadi murung, trauma dan menjauhkan diri daripada sesiapa sahaja termasuklah Firman.

Kesabaran, kesetiaan, kasih sayang dan cinta, Iris bangkit dari gelap meneruskan langkah hidupnya bersama Firman biarpun tidak lagi seperti dahulu. Menongkah arus kehidupan bersama suami tercinta dan anugerah yang dikurniakan oleh Allah.

Qada' dan qadar Tuhan siapa yang tahu. Peristiwa hitam yang menimpa Iris dan Firman menyebabkan pelangi awan yang dianyam bersama musnah lagi. Tekad demi sayang Tuhan, cinta si suami dan rama-rama anugerah Tuhan, Iris bangkit semula berdiri biarpun tanpa Firman disisi biarpun ada sesuatu yang masih menanti Iris Firman Nur.

Tinta Zara:


  • 5 bintang untuk Mypi! Kesinmbungan yang sangat mantap dan meletopss!!

  • tak boleh tulis banyak-banyak sebab kak MJ dah warning awal-awal supaya hormat dan kesiankan divaz yang tak baca lagi. zara cuma review sikit-sikit aje. Maap! Maap! Maap!

  • sangat menyentuh kalibu daku sambil dengar lagi The Elegance Of Pachelbel by Serenade. Syahdu je... dengarlah..

  • Kalau ada orang yang nak bayar RM 200 pada zara untuk jualkan Mypi ni, zara tak kan jual! Kasih sayang Kak Melur Jelita menerusi karya-karyanya tidak ternilai hargnya!

  • Tersangatlah berbaloi beli dan tak merugikan!

  • Elok untuk orang yang dah kahwin atau baru nak nak kahwin atau dah rancang nak kahwin! (opss! eden yang tak kahwin laie pun bantai baca! heheh). Tapi karya kak MJ sesuai untuk baca semua jenis umur sebab terlalu banyak pengajaran dan mesej yang nak disampaikan..

  • cerita yang santai, sempoi, mudah difahami walaupun ada lompat sikit bagi zara la. latar yang cantik, plot yang cantik, pendek kata tetap meletopss!!

  • perasaan zara? macam-macam! entah kenapa bila nampak aja perkataan TAMAT kat bawah tu, zara rasa sayu sangat, sedih nak tinggalkan dunia warna-warni Iris dan Firman. Banyak yang diorang ajarkan zara, susah nak cakap. Cuma yang dah baca tu mesti faham macam mana perasaanya. Kali ni kak MJ dah berjaya buatkan berbaldi air mata zara dengan ayat-ayatnya yang mantaps dan meletops! Speechless! sentiasa teringat aja kisah Firman dan Iris, semua scene dalam cerita. pelik tak pernah baca novel macam tu perasaanya, ni kali pertama.

  • kita doakan sama-sama kak MJ sihat semula macam dulu dan dipanjangkan umurnya. Itulah yang yang dipesan. sayang kak MJ banyak-banyak!! 99999xxxxxx......


Bacalah ILUS dengan mata hati dan mata akal. Semoga anda akan nampak "sesuatu" itu. Segala sujud dan syukur saya hanya pada ALLAH SWT, kerana DIAlah yang telah membuka mata dan memberi ilham pada saya. ~MELUR JELITA~



Cuci-cuci mata:

Firman&Iris
















2 comments :

  1. bestttttttt sangat. saya baca sambil nangis waktu firman kena tembak. sedar-sedar mata saya dh bengkak hehehe

    ReplyDelete